Mengkudu
(Morinda tinctoria; Morinda citrifolia) boleh dijadikan jus untuk
diminum. Buah mengkudu dikenali dengan pelbagai
nama mengikut negara. Contohnya "Noni" (Hawaii,
Polynesia); "Nono" (Tahiti); "Lada" (Guam); "Indian Mulberry" (India);
"Painkiller
tree" (Kepulauan Caribbean); "Nhau" (Sebahagian di
Asia Tenggara); "Cheesefruit" (Australia); "Bumbo" (Afrika) dan "Kura"
(Fiji).
Mengkudu mengandungi bahan "xeronine".
Dr. Ralph M. Heninicke,
Ahli Biokimia, University of Hawaii, Amerika Syarikat merupakan
perintis
kajian buah mengkudu selama 45 tahun. Beliau menemui
kompoun alkoloid "proxeronine" dalam buah mengkudu secara tidak sengaja
ketika mengkaji enzime "bromelin" dalam buah nenas.
Kandungan "proxeronine" dalam buah mengkudu adalah 800 kali berbanding
paras yang terdapat dalam buah nenas.
Jadi, buah mengkudu
amat berguna kepada kesihatan manusia. Buah mengkudu mengandungi zat
pencetus
"xeronine" yang dipanggil sebagai "proxeronine" di
samping terdapat enzim yang membantu "proxeronine" membentuk "xeronine".
Kepentingan xeronine :
- Salah satu bahan penting bagi menggalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh badan manusia menerusi
tindakbalas bahan kimia antara proxeronine dan proxeronase.
- Interaksi dua bahan kimia proxeronine dan proxeronase boleh membantu membesarkan liang pada usus
kecil - sekali gus mempercepatkan serapan bahan nutrien ke dalam sistem pemakanan.
- Berfungsi sebagai bahan mengembalikan kesegaran dan ketahanan protein badan yang merupakan sebagai
bahan awet muda.
- Mengkudu juga
kaya dengan bahan anti-oksidan iaitu membantu melambatkan proses
penuaan. Biasanya
buah mengkudu dipetik dan diperam di atas garam, atau
di dalam beras. Apabila sudah masak ia boleh dimakan begitu sahaja.
Ianya juga boleh dicampur dengan gula untuk dimakan.
- Buah mengkudu
boleh memulih sel atau tisu rosak, sekali gus melambatkan proses
penuaan, di samping
berguna bagi penyakit kencing manis, sengal sendi dan
tekanan darah tinggi. Daun mudanya boleh digunakan sebagai sayuran atau
dimakan sebagai ulaman. Daunnya jika direbus boleh
menyihatkan ibu yang baru bersalin. Kulitnya berguna bagi mengubati
penyakit
Malaria. Bunga mengkudu boleh digunakan untuk merawat
penyakit mata. Akar mengkudu berguna bagi mengubati penyakit buasir,
hidung tersumbat dan pendarahan otak.
|
|
Antara khasiat buah mengkudu :
- Sistem pernafasan - melegakan penyakit sinus atau resdung, asma, bronkitis dan hingus meleleh.
- Sistem penghadaman - perut kembung, ulser, gastrik, cirit-birit, muntah-muntah, tidak hadam makan
dan masalah keracunan makanan.
- Sistem kardiovaskular - mengurangkan tekanan darah tinggi dan merendahkan aras kolesterol.
- Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, migraine, sakit ginjal dan buah pinggang.
- Mulut dan tekak - radang tekak, sakit gusi, sakit gigi dan batuk.
- Penyakit kulit - bisul, luka dan ulser kulit.
- Lain-lain - meredakan penyakit darah tinggi, betis kering bersisik, merekah tumit kaki, mengurangkan
penyakit batuk, penyakit kuning dan demam panas.
- Bagi wanita yang baru lepas bersalin - daun mengkudu boleh digunakan untuk mengecutkan rahim.
Caranya ialah dengan membalut daun mengkudu itu dengan kain dan dipanaskan untuk bertungku.
- Justeru itu, mengkudu boleh digunakan sebagai bahan awet muda
|
|
0 comments:
Post a Comment